Monday, June 27, 2050

ABOUT ME



Tak Kenal Maka Tak Cinta.
Dah Kenal Baru lah Mesra… 


Asalammualaikum w.r.t  dan salam sejahtera untuk semua..

Ini adalah “educational blog’ saya yang pertama. Blog yang diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan minat masyarakat dalam biologi. Pada permulaan blog, saya kongsikan sedikit fakta (BUKAN AUTA) tentang diri saya supaya anda semua lebih mengenali dan dekat dengan saya.

Siapa saya?

Saya? Bukan lah seorang ahli politik bukan juga seorang selebriti tv yang dikenali. Walaupun bukan berada dalam dunia glamor, saya tetap bersyukur menjadi insan yang dikenali dikalangan anak-anak didik saya kerana saya adalah seorang pendidik a.k.a pensyarah biologi. 
Saya merupakan anak sulung dan satu-satunya puteri kepada pasangan Omar bin Che Long dan Puan Eshah binti Abdullah yang dilahirkan pada 31 Januari 1986 di Hospital Sungai Petani Kedah. Memandangkan saya merupakan anak polis, saya dididik dengan penuh ketegasan. Setiap kali peperiksaan, Encik Omar a.k.a abah hanya inginkan saya dan adik-adik mendapat tempat pertama di dalam kelas. Maka dengan itu, keterpaksaan untuk belajar pada awalnya bagi mencapai hasrat abah, lama kelamaan telah menjadi suatu keseronok bukan lagi paksaan.

Saya menamatkan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Pulapah Negeri Sembilan sebelum ke Sekolah Menengah Kebangsaan Za’ba di Kuala Pilah. Berkat doa ibu bapa, curahan ilmu tanpa had oleh guru-guru membolehkan saya memperoleh keputusan SPM yang melayakkan saya meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Perak. Semasa di matrik, saya masih samar-samar tentang bidang yang perlu saya ambil semasa di universiti kelak. Maka bermulalah dilema dalam memilih kursus dan universiti semasa mengisi borang UPU. (percayalah…ini adalah tugas yang paling sukar…)

Hasil muzakarah dengan mak abah, pensyarah, kaunselor dan rakan senior juga berbekalkan minat untuk menjadi guru maka saya memilih kursus perguruan di Universiti Malaysia Sabah sebagai pilihan pertama. Dengan penuh kerisauan mak abah terpaksa lepaskan puteri tunggalnya ini untuk meneruskan misi mencari ilmu di kejauhan iaitu negeri Sabah. (Jauh tu…. 2 jam 30 minit penerbangan). Misi saya hanya untuk menggenggam Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Pendidikan Sains Major Biologi Minor Kimia.
Ilmu yang diperoleh sepanjang 4 tahun pengajian membuatkan jiwa saya dibentuk untuk menjadi seorang pendidik yang sebenar. Minat terhadap dunia pendidikan semakin hari semakin meningkat. Alhamdulillah tanggal 29.12.2009 saya melapor diri di Kolej Matrikulasi Labuan sebagai pensyarah Biologi. Kini, saya berkhidmat di Kolej Matrikulasi Kedah masih sebagai pensyarah Biologi.Cinta terhadap biologi dan pendidikan adalah cinta luar biasa. Jadi saya dedikasikan blog ini pada mereka yang ingin atau sememangnya meminati bidang biologi.

Sekian…




 
Copyright to FUN WORLD OF BIOLOGY
Designed by UMIESUEstudio 2015