Tak
Kenal Maka Tak Cinta.
Dah
Kenal Baru lah Mesra…
Asalammualaikum w.r.t dan salam sejahtera untuk semua..
Ini adalah “educational blog’ saya
yang pertama. Blog yang diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan minat
masyarakat dalam biologi. Pada permulaan blog, saya kongsikan sedikit fakta
(BUKAN AUTA) tentang diri saya supaya anda semua lebih mengenali dan dekat
dengan saya.
Siapa saya?
Saya? Bukan lah seorang ahli politik
bukan juga seorang selebriti tv yang dikenali. Walaupun bukan berada dalam
dunia glamor, saya tetap bersyukur menjadi insan yang dikenali dikalangan
anak-anak didik saya kerana saya adalah seorang pendidik a.k.a pensyarah
biologi.
Saya merupakan anak sulung dan
satu-satunya puteri kepada pasangan Omar bin Che Long dan Puan Eshah binti
Abdullah yang dilahirkan pada 31 Januari 1986 di Hospital Sungai Petani Kedah.
Memandangkan saya merupakan anak polis, saya dididik dengan penuh ketegasan.
Setiap kali peperiksaan, Encik Omar a.k.a abah hanya inginkan saya dan
adik-adik mendapat tempat pertama di dalam kelas. Maka dengan itu, keterpaksaan
untuk belajar pada awalnya bagi mencapai hasrat abah, lama kelamaan telah
menjadi suatu keseronok bukan lagi paksaan.
Saya menamatkan sekolah rendah di
Sekolah Kebangsaan Pulapah Negeri Sembilan sebelum ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Za’ba di Kuala Pilah. Berkat doa ibu bapa, curahan ilmu tanpa had
oleh guru-guru membolehkan saya memperoleh keputusan SPM yang melayakkan saya
meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Perak. Semasa di matrik, saya masih
samar-samar tentang bidang yang perlu saya ambil semasa di universiti kelak.
Maka bermulalah dilema dalam memilih kursus dan universiti semasa mengisi
borang UPU. (percayalah…ini adalah tugas yang paling sukar…)
Hasil muzakarah dengan mak abah,
pensyarah, kaunselor dan rakan senior juga berbekalkan minat untuk menjadi guru
maka saya memilih kursus perguruan di Universiti Malaysia Sabah sebagai pilihan
pertama. Dengan penuh kerisauan mak abah terpaksa lepaskan puteri tunggalnya
ini untuk meneruskan misi mencari ilmu di kejauhan iaitu negeri Sabah. (Jauh
tu…. 2 jam 30 minit penerbangan). Misi saya hanya untuk menggenggam Ijazah
Sarjana Muda Dengan Kepujian Pendidikan Sains Major Biologi Minor Kimia.
Ilmu yang diperoleh sepanjang 4 tahun
pengajian membuatkan jiwa saya dibentuk untuk menjadi seorang pendidik yang
sebenar. Minat terhadap dunia pendidikan semakin hari semakin meningkat.
Alhamdulillah tanggal 29.12.2009 saya melapor diri di Kolej Matrikulasi Labuan
sebagai pensyarah Biologi. Kini, saya berkhidmat di Kolej Matrikulasi Kedah
masih sebagai pensyarah Biologi.Cinta terhadap biologi dan pendidikan adalah cinta
luar biasa. Jadi saya dedikasikan blog ini pada mereka yang ingin atau
sememangnya meminati bidang biologi.
Sekian…